PRESS RELEASE

3 Oktober 2024

Inisiatif ESG : Penanaman Pokok Buah-Buahan oleh Motosikal Dan Enjin Nasional (MODENAS)

Dalam usaha memperkukuhkan komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat dan alam sekitar, MODENAS telah melaksanakan satu inisiatif di bawah rangka kerja Environmental, Social, and Governance (ESG). Inisiatif ini menumpukan kepada penanaman pokok buah-buahan di dalam premis MODENAS sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengurangkan jejak karbon serta meningkatkan kesejahteraan warga kerja.

Projek ini telah dijalankan pada 3hb. Oktober 2024 di kawasan lapang sedia ada di MODENAS, Gurun dengan menanam 22 pokok buah-buahan hasil sumbangan barisan pengurusan MODENAS seperti durian, rambutan, manggis, dokong dan longan. Penanaman pokok buah-buahan ini berfungsi sebagai salah satu cara semula jadi untuk menyerap karbon dioksida dari udara, sekaligus membantu mengurangkan pencemaran udara.




Jumlah pokok buah-buahan sedia ada di dalam premis MODENAS adalan 161 pokok, dan penambahan 22 pokok ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 183 pokok. Manakala jumlah keseluruhan pokok di dalam premis MODENAS adalah sebanyak 921 pokok pelbagai jenis bersamaan purata 86.514 tan metrik kadar penyerapan karbon dan purata 43.257 tan metrik bagi kadar pelepasan oksigen setahun. Walau bagaimanapun, setiap pokok buah-buahan mempunyai tempoh matang yang berbeza iaitu antara 3-10 tahun sebelum mencapai keupayaan maksimum untuk menyerap karbon. Secara umumnya, pokok mula menyerap karbon lebih efektif selepas mencapai kematangan dan bergantung kepada saiz pokok.



Mengikut anggaran pengiraan jumlah penyerapan karbon untuk 22 pokok buah-buahan adalah purata 0.484 tan matrik setahun manakala kadar pelepasan oksigen pula adalah 0.242 tan metrik setahun. Oleh itu, MODENAS menyasarkan penanaman 50 pokok setahun bersamaan dengan purata 1.1 tan metrik penyerapan karbon pada setiap tahun sehingga 2029. MODENAS bertekad untuk terus memperluas usaha ini demi masa depan yang lebih hijau sejajar dengan matlamat ESG Syarikat dan hasil daripada tanaman pokok ini dapat dinikmati bersama.

KAWASAKI MY

CHAT ASSISTANT

x